Saturday, July 14, 2007

APRIL FOOL!! Adishonest Tradition

1st April - a day when people lie, play jokes and mock in the name of entertainment. This ugly practice of lying, which is considered to be merely a humor, is known to have caused great harm to many. Even trauma and deaths. Still this dishonest tradition is not only practiced among the common masses, but also newspapers and magazines participate in it by publishing false news and untrue stories on the first day of April!

Much is said about the origin of this practice, however what concerns the most to the Muslims is that it is a tradition which directly contradicts the teachings and morals of Islam.

Lying is a characteristic of hypocrisy and Allah's Messenger (sallallahualaihi wa-sallam) strictly forbade lying at all times. He (sallallahualaihi wa-sallam) said: "Let he who truly believes in Allah and the Last Day speak good or be silent." [Saheehal-Bukharee] Moreover, he (sallallahualaihi wa-sallam) has specifically cursed the person who lies to make people laugh, he said: "Woe be on one who speaks and lies in order to make people laugh, woe be on him." [AbuDawood]

The above Ahaadeeth show the gravity of participating in the false tradition of April Fool, which the Western tradition appreciates and encourages claiming that it brings joy and amusement, whereas the Prophet(sallallahu alaihi wa-sallam) forbade lying and deceiving even if the intention of the person is to amuse people.

Abd al-Rahman Ibn Abi Laylaa said: "The companions of the Messenger of Allah (sallallahu alaihi wa-sallam) told us that they were travelling with the Messenger of Allah (sallallahualaihi wa-sallam). A man among them fell asleep and some of them went and took his arrows. When the man woke up, he got alarmed (because his arrows were missing) and the people laughed. The Prophet (sallallahu alaihi wa-sallam) said: "What are you laughing at?" They said, "Nothing, except that we took the arrows and he got alarmed." The Messenger of Allah(sallallahu alaihi wa-sallam) said: "It is not permissible for a Muslim to frighten another Muslim."[Abu Dawood (5004) and Musnad Ahmad.]

He (sallallahu alaihi wa-sallam) described the severe punishments for the liars and said: "I saw (in a dream), two men came to me. They said, 'The person, the one whose cheek you saw being torn away (from the mouth to the ear) was a liar and used to tell lies and the people would report those lies on his authority till they spread all over the world. So he will be punished like that till the Day of Resurrection.'" [Saheeh al-Bukharee (vol. 8, no: 118)]

May Allah protect us from indulging ourselves in such dishonest activities and may He give us the strength to withstand such practices when they tend to infect our Muslim Society.

Ameen!

Tuesday, July 10, 2007

Ape eh jadi dlm satu hari??

Assalamualaikum wr. wb.

alhamdulillah syukur kepada tuhan sekelian alam, aku diberi kesihatan yg tak terhingga dan ternilai harganya..aku pon maseh ade upaya untuk type lagi..dah nk masuk 2 minggu aku berada di bumi tanahair aku ni..tk tersangka gitu..sungguh sekejap skali rasenya..aku merasakan seolah-olah baru semlm balek..

sejak2 ni, aku ni slalu tido lambat je..bile mlm je, aku jadi burong hantu..tk tau kenapa..nk kate aku tido siang, tak plak..haiz..ni mesti penyakit 'mesir' aku ni maseh blm hilang..bile eh nk hilang?? kalau da mcm ni, konfem ah tido lepas subuh ah jwp nye..ape lg kn..paling cepat bangun pukol 1..hahahah..da zuhor plak tu..mesti kene marah dgn mak aku..kakak aku..

td pagi, aku da plan dgn kwn aku nk main bola padang kat kembangan..tp bkn lawan ah..cume training jer..nk warm up dulu..maklumlah da lama tk main..jadi kaki pon da berat..perut jgn ckp ah..haha..mula2 tu mmg rase bez, seronok, gerek ah nk main...tk sabar..tukar baju sume..kai boots..pastu suro warm up..mula2 tk penat ah..dlm 15 min gitu, da mengah2 ah..warm up je tau..bknnye main pon..haha..sampai kaki sakit2 pon ade..skali tu aku kene jd defence ah..keje aku mark org..tahan org..slide ah..tu yg bez sikit..sbb leh sepak kaki org..haha..jahat eh aku..tkpela..skali2 katekn..jd aku pon kejar ah org2 yg attack ni..lepas tu, argghhh!!!!! kaki aku....kaki aku...kwn aku pon tanye, eh apesal taufik?? kau okey?? kaki aku...kene...simpul biawak!!! eh angkat2 die..kau straight kn kaki kau la..meh sini..bile kwn aku straight kn je, aduh!!!! oi!! pelan sikit la..hahaha..tu la kerenah aku bile kene..aku pon rehat 10 min..aku join balek sbb sakit die da hilang..sampai la pukol 12 tgh ari..mata ari pon da naik...kte terpaksa stop sbb panas sgt..kite sume rehat trus chow pegi mkn..lapa sgt...pagi tk mkn tau..

stgh jam kemudian...kwn aku ajak pegi suntec city..amek barang die..menang dpt hadiah..kite pon pikir2...tgh penat katekn..tkpela..join jela..skali2 jln katekn..bknnye slalu pon..kite pon bayar duit mkn sume trus jln...bile sampai kat tmpt tu, aku la org pertama blur2..haha..sbb 1st time aku jln sane katekn..kwn aku jln2...pegi kt tmpt yg nk amek barang tu..bile da amek sume, kwn2 aku sume nk pegi tgk wayang..ade yg kate nk tgk cte transformers..ade yg nk tgk die hard 4.0..sume nk pegi tgk cume aku sorg je yg tknk pegi..sbb aku dr dulu tk minat tgk movie kt wayang..sampai la skrg..tk pena pon jejak tmpt wayang tu..kwn aku sume desak aku suro pegi..skali jer..dorang kate..tp aku tetap tknk..bile da pikir2, kwn aku pon decide sume tknk pegi sane disebabkan aku...agaknyela..haha..lepas tu, kite pon melencong kt tmpt lain..kite pegi arcade..main game tembak2..enjoy la sikit kn..sampai duit siling dabes..hehe..tp gerek ah..da lama tk main arcade..dlm pukol 2 gtu, kite sume balek..sbb da penat sgt2..tkle tahan...kaki da longgar..sampai ruma je lepak puas2..tp solat zuhor dulu la..alhamdulillah..

sampai sini jela aku boleh cte sikit..tgh boring katekn..insyaAllah i will update again..see u around..take care..salam..jgn lupe comment..syukran..

Sunday, July 8, 2007

Golongan Jin Iri Hati Dengan Ratu Balqis

Sambungannya..

Ratu Balqis adalah seorang wanita yang sangat cantik dan mempunyai akal yang cerdas, oleh sebab itulah golongan jin merasa iri hati dengannya. Mereka mengatakan bahawa Ratu Balqis itu mempunyai dua aib, pertama tubuhnya pendek dan kedua betisnya seperti betis unta. Maka Nabi Sulaiman memerintahkan supaya para Jin mengubah sedikit singgahsana Ratu Balqis, lalu beliau menyuruh pula membangun sebuah mahligai yang dibuat dari kaca.

Bahagian bawah mahligai tersebut dan kelilingnya mengalir sungai-sungai dengan berisikan ikan-ikan, di atas air itu dibuat sebuah jambatan daripada kaca. Ketika Ratu Balqis dan rombongan tiba, Nabi Sulaiman bertanya kepadanya: "Apakah ini singgahsanamu? Ratu Balqis menjawab: Mungkin! Ia tidak mengatakan ya, kerana dilihatnya ada sedikit perubahan. Tetapi tidak mengatakan bukan, disebabkan ada sebahagian yang serupa dengan singgah-sananya. Dari jawapan Ratu Balqis itu, tahulah Nabi Sulaiman as bahawa ia adalah seorang wanita yang berakal sempurna serta bijaksana.

Kemudian Nabi Sulaiman as menyuruh tamunya itu masuk ke dalam istana. Ketika Ratu Balqis melihat ke dalam istana, ia melihat seakan-akan ada aliran air, sehingga ia mengangkat kainnya, sehingga betisnya tersingkap. Nabi Sulaiman as melihat betisnya itu, maka tidak ada satu aibpun seperti yang disampaikan oleh golongan jin.

Nabi Sulaiman berkata kepada Ratu Balqis: "Ini adalah sebuah mahligai yang licin, ia dibentuk daripada kaca." ketika Ratu Balqis menyaksikan betapa hebatnya Nabi Sulaiman, ia berkata dalam hatinya: "Walaupun kerajaanku luas, singgahsanaku indah dan megah, bala tenteraku ramai, namun jika dibandingkan dengan semua yang aku saksikan ini, seakan-akan milikku tidak bererti.

Kemudian ia berkata seperti yang diungkapkan di dalam Quran, firman Allah SWT surah An Naml ayat 44 bermaksud: "Ya Tuhanku, sesungguhnya aku telah berbuat zalim terhadap diriku dan aku berserah diri bersama Sulaiman kepada Allah Tuhan semesta alam." Setelah itu Ratu Balqis pun berkahwin dengan Nabi Sulaiman as. Peristiwa pernikahan Nabi Sulaiman dengan Ratu Balqis ini terjadi pada hari Jumaat.

Begitu besarnya kerajaan Nabi Sulaiman as. yang mana angin sebagai kenderaannya, manusia dan jin sebagai tenteranya, burung sebagai pembantu dan teman-teman bercakapnya, binatang-binatang buas sebagai buruhnya dan para malaikat sebagai utusannya.

Nabi Sulaiman as mempunyai satu padang, sebahagian tanahnya terbuat daripada emas dan sebahagian lagi daripada perak. Jika tenteranya berbaris di padang itu, maka panjang barisan itu tidak kurang dari seratus parsakh. Sedangkan luas tempat tinggalnya adalah sebulan perjalanan.

Kemudian golongan jin membuat untuknya sebuah permaidani daripada emas dan perak. Pada permaidani tersebut terdapat dua belas ribu mihrab, pada setiap mihrab terdapat kursi daripada emas dan perak, kemudian duduk di atas tiap-tiap kursi tersebut seorang yang alim dari ulamak Bani Israil.

Pada setiap hari dimasak kira-kira seribu unta, empat ribu lembu dan empat puluh ribu kambing. Nabi Sulaiman juga mempunyai piring-piring yang besar bagaikan kolam dan periuk yang tetap berada di atas tongku.

Firman Allah SWT: "Para jin membuat untuk Nabi Sulaiman apa yang dikehendaknya dari bangunan yang tinggi dan patung-patung dan piring-piring yang besarnya seperti kolam dan periuk yang tetap berada di atas tungku." (Saba’: 13)

Begitu besarnya nikmat dan kelebihan Nabi Sulaiman as. Namun begitu kelebihan dan kenikmatan umat Nabi Muhammad SAW yang beriman, di dalam Syurga nanti disediakan tempat-tempat tinggal dan darjat, kebun-kebun, sungai-sungai dan buah-buahan. Di dalamnya diperolehi segala sesuatu yang menyenangkan jiwa dan mata. Di dalamnya juga terdapat sesuatu yang tidak pernah terlintas oleh fikiran manusia. Dikisahkan bahawa serendah-rendah darjat tempat umat Nabi Muhammad SAW di dalam Syurga itu ialah seratus kali luas kerajaan Sulaiman as. Malah lebih baik, kerana Syurga adalah tempat yang abadi. Di dalamnya tidak ada matahari, kesejukan, kesakitan, kesusahan serta lain-lain penderitaan. Di Syurga adalah tempat yang abadi, kesenangan tanpa batas, pemberian tanpa dihitung, penerimaan tanpa ditolak.

Ada Syurga yang dinamakan dengan Darussalam, di dalamnya mempunyai keselamatan tanpa adanya kebinasaan, kenikmatan tanpa malapetaka, kecintaan tanpa permusuhan, kemuliaan tanpa kehinaan serta bermacam-macam lagi kenikmatan yang sukar untuk diungkapkan.

Kemudian Syurga Jannatunna’im. Sesungguhnya bagi orang-orang yang bertakwa disediakan di sisi Tuhan mereka Syurga kenikmatan. Di dalamnya para hamba-hamba-Nya bertempat tinggal, para nabi menjadi sahabatnya, tinggal kekal dalamnya dengan kurnia yang berlimpah ruah. Tidak ada kesusahan di dalamnya, terdapat bidadari cantik dan jelita, mahligainya tinggi dan tempat yang luas.

Syurga Firdaus, disediakan bagi orang-orang yang tidak menyekutukan Allah SWT dengan sesuatu, menjauhkan diri daripada perbuatan maksiat, tidak membuat kemungkaran serta menjalankan segala yang diperintahkan Allah SWT. Allah SWT menjadikan penghuni Syurga ini sebagai kekasihNya.

Di dalam Syurga Firdaus terdapat empat sungai, iaitu sungai dari air tawar, sungai dari air susu yang tidak berubah rasanya, sungai dari air arak yang lazat rasanya dan sungai air madu. Di dalamnya juga diperolehi berbagai macam buah-buahan. Ada lagi empat mata air iaitu: Salsabil, Zanjabil, Rohiiq dan Tasniim. Ada lagi dua mata air yang mengalir dan dua mata air yang memancar, iaitu Al-kaafuur dan Al-kautsar. Di dalamnya juga diperolehi segala sesuatu yang tidak pernah dilihat oleh mata dan didengar oleh telinga dan tidak pernah terlintas dalam hati.

Firman Allah SWT: "Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa itu di dalam taman-taman dan sungai-sungai, di tempat yang disenangi di sisi Tuhan Yang Berkuasa." (Al-Qamar: 54-55)

~Tamat~

Saturday, July 7, 2007

Jalan Raya Tak Jadi...

Assalamualaikum wr. wb.

saya tadi tgh tunggu adik saya, hidayah pulang. Sbb kat skolanya ade 'mini pasar amal' ingatkan die bawa balik makanan kt umah rupanya tk.... die spent smua utk beli makanan die sendiri. Tk ingat keluarganya yg sdg lapar menunggu die. Dah balik trus baring tidur sambung mimpi semalamnya yg tk tersampai kerana mak kejutkan die pagi tadi.

Actually kte nk gi kuar oleh disebabkan kakak aku sakit badan and aku bangun lambat jd bapak aku cancel la... Kesiannn adik aku, yayah semangat2 balik ingatkan nk kuar jln2 rupanya tk jd...Jd die boring, die gi tidur.

Semalam ade org call suruh ajar tusyen nari tapi aku cancel sbb aku ingatkan kte nk gi jln2 tapi alangkah malangnya aku bangun lambat la sampai mak aku bising..sbbnye aku tido lambat..subuh baru aku start tido mane tk lambat bangun..btol tk?? biasela..penyakit tido lambat kt mesir ni maseh ade kt aku..haha!! so tusyen tu aku tunda besok ptg..

tu je ah ape yg aku nk ckp utk nari...insyaAllah kalau ade peluang, aku update lg...jumpe lg..salam..

Friday, July 6, 2007

Jin Sebahagian Tentera Nabi Sulaiman

Sulaiman bin Daud adalah satu-satunya Nabi yang memperoleh keistimewaan dari Allah SWT sehingga boleh memahami bahasa binatang. Dia boleh bicara dengan burung Hud Hud dan juga boleh memahami bahasa semut. Dalam Al-Quran surah An Naml, ayat 18-26 adalah contoh dari sebahagian ayat yang menceritakan akan keistimewaan Nabi yang sangat kaya raya ini.

Firman Allah, "Dan Sulaiman telah mewarisi Daud dan dia berkata, "hai manusia, kami telah diberi pengertian tentang suara burung dan kami diberi segala sesuatu. Sesungguhnya (semua) ini benar-benar suatu kurnia yang nyata."

Dan dihimpunkan untuk Sulaiman tenteranya dari jin, manusia dan burung, lalu mereka itu diatur dengan tertib (dalam barisan) sehingga apabila mereka sampai di lembah semut berkatalah seekor semut, "hai semut-semut, masuklah ke dalam sarang-sarangmu agar kamu tidak diinjak oleh Sulaiman dan tenteranya, sedangkan mereka tidak menyedari."

Maka Nabi Sulaiman tersenyum dengan tertawa kerana mendengar perkataan semut itu. Katanya,

"Ya Rabbi, limpahkan kepadaku kurnia untuk mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada kedua orang tuaku; kurniakan padaku hingga boleh mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai; dan masukkan aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hambaMu yang soleh." (An-Naml: 16-19)

Menurut sejumlah riwayat, pernah suatu hari Nabi Sulaiman as bertanya kepada seekor semut, "Wahai semut! Berapa banyak engkau perolehi rezeki dari Allah dalam waktu satu tahun?"

"Sebesar biji gandum," jawabnya.

Kemudian, Nabi Sulaiman memberi semut sebiji gandum lalu memeliharanya dalam sebuah botol. Setelah genap satu tahun, Sulaiman membuka botol untuk melihat nasib si semut. Namun, didapatinya si semut hanya memakan sebahagian biji gandum itu.

"Mengapa engkau hanya memakan sebahagian dan tidak menghabiskannya?" tanya Nabi Sulaiman.

"Dahulu aku bertawakal dan pasrah diri kepada Allah," jawab si semut. "Dengan tawakal kepada-Nya aku yakin bahawa Dia tidak akan melupakanku. Ketika aku berpasrah kepadamu, aku tidak yakin apakah engkau akan ingat kepadaku pada tahun berikutnya sehingga boleh memperoleh sebiji gandum lagi atau engkau akan lupa kepadaku. Kerana itu, aku harus tinggalkan sebahagian sebagai bekal tahun berikutnya."

Nabi Sulaiman, walaupun ia sangat kaya raya, namun kekayaannya adalah nisbi dan terbatas. Yang Maha Kaya secara mutlak hanyalah Allah SWT semata-mata. Nabi Sulaiman, meskipun sangat baik dan kasih, namun yang Maha Baik dan Maha Kasih dari seluruh pengasih hanyalah Allah SWT semata. Dalam diri Nabi Sulaiman tersimpan sifat terbatas dan kenisbian yang tidak dapat dipisahkan; sementara dalam Zat Allah sifat mutlak dan absolut.

Bagaimanapun kayanya Nabi Sulaiman, dia tetap manusia biasa yang tidak boleh sepenuhnya dijadikan tempat bergantung. Bagaimana kasihnya Nabi Sulaiman, dia adalah manusia biasa yang menyimpan kedaifan-kedaifannya tersendiri. Hal itu diketahui oleh semut Nabi Sulaiman. Kerana itu, dia masih tidak percaya kepada janji Nabi Sulaiman ke atasnya. Bukan kerana khuatir Nabi Sulaiman akan ingkar janji, namun khuatir Nabi Sulaiman tidak mampu memenuhinya lantaran sifat manusiawinya. Tawakal atau berpasrah diri bulat-bulat hanyalah kepada Allah SWT semata, bukan kepada manusia.

Nantikan sambungannya...

Tuesday, July 3, 2007

Pengenalan..

Assalamualaikum..

Segala puji bagi Allah yang sentiasa melimpahkan rahmat dan nikmat kepada kita..Selawat dan salam kepada nabi junjungan besar kita, Saiyidina Muhammad S.A.W. sebagai contoh teladan dan mithali kepada kita..

Alhamdulillah..syukur setingginye kepada tuhan dimana aku telah selamat pulang ke tanah airku, singapura...sudah hampir setahun aku berada di bumi kinanah yg penuh sejarah..penat ade, stress pon ade, tempuh exam sume ni..sebulan lg..sampai naik giler aku..tp insyaAllah tak ah..mcm2 bende dah kt kepala aku ni..at last aku berjaya menempuhnye dgn usaha aku sendiri..moga2 dpt result yg sebaik mungkin dan berjaya naik tahun 3 utk pilih takhassus aku sendiri..selepas exam je, kwn2 aku byk tanye aku, "eh fik kau nk amik syu'bah ape eh? ntah eh..tgk la mcm mane..sbb aku maseh risau lg"..yela..sape yg tk takot eh..mcm2 hal jadi time exam ni..byk bende yg tk aku 'expected' bile time exam..bende yg aku stress kdg2 tk masuk tp bende yg aku lengah2, masuk lak tu..haiz..pening~pening~..tp tkpe..insyaAllah aku boleh..sbb ape aku da usaha blaja btol2...kdg2 tu sampai pukol 3 tk tido2..risau punyer pasal..tp senior aku byk ckp, kalau boleh tido cukop bile besok nk exam..tp kdg2 aku pikir.."korg boleh ah..pandai giler..aku ni takot bende yg aku hafal, hilang gitu jer"..tp aku teringat kate2 mak aku...kalau aku da blaja, yakin dgn ape yg aku blaja, buat ape nk risau..so give ur best shot..lps tu tawakkal n doa byk2 insyaAllah...tu la gara2 blaja last min..sampai skrg aku maseh bimbang..

skrg aku pon da ade kat spore..ape eh aku nk buat? lepak dgn kwn?? hmm..aku tak boleh..sbb aku kene carik pengalaman bekerja..nak taknak aku kene buat..sbb bile lg aku nk carik..tkkn nk tunggu sampai abes blaja baru nk carik keje kn..so bile aku balek je..alhamdulillah rezeki tu dtg je..ade org panggil aku balek ngaja tusyen..ade plak yg offer aku jd imam terawih bwh kolong..ade lak tu suro aku jd relieved teacher kat masjid..kdg2 aku pikir.."layak ke org mcm aku ni jd teacher kt masjid?? salah org agaknye..yela..nk kate aku ni ade toko ustaz..alhamdulillah..tp nk buat diri aku jadi ustaz..mampu ke aku?? haiz..tp kwn2 aku blg.."ape salahnye kau cuba skali..mane tau dgn cube skali tu rezeki makin luas..tkle ckp pe..bkn kite yg tentukn rezeki..tu yg kat 'atas' yg tentukan so tawakkal la dgn die..DIA tau mane yg baik utk kau..so tunggu ape lg..cube lah"

btol jgk kate kwn aku ni..salah ke kalau aku cube skali..tgk kemampuan aku kat mane..kalau tk cube, mane tau kn..so tkpe..i will try my very best!!!

sbg langkah permulaan, aku try jd tutor dulu 4 correcting myself kalau ade salah byk dlm ngaja nanti..yela..org kate..ape2 kite nk buat mesti mula dr bawah...insyaAllah bile da kat atas, kite akan rase puas ati..

hmm...aku rase sampai sini jela..aku cube peluang aku dulu..kalau ade pape yg menarik, aku update lg..

so jumpe lg...maaf lah kalau bobal aku ni mcm klakar gitu..1st time katekn buat blog ni..see u next time..ilalliqa'

Monday, July 2, 2007

Ilmu, iman kunci keperibadian

ILMU sahaja belum cukup untuk membantu dan menolong seseorang untuk melaksanakan sesuatu. Contohnya, seorang doktor yang mengetahui bahawa merokok sangat membahayakan kesihatan, namun dia sendiri seorang perokok. Begitu juga orang yang mengetahui mengenai ilmu agama bahawa minuman keras (arak yang memabukkan), hukumnya haram, namun hakikatnya mereka bukan saja meminum malah kadang-kadang berbangga dengan minuman haram itu.

Kadang-kadang pembuat hukum yang mengetahui mengenai segala aspek hukum, namun seringkali melanggar hukum. Terkadang saksi kebenaran berbuat dusta. Penjaga keamanan kadang-kadang bertukar menjadi pengganggu keamanan.

Apakah mereka tidak mengetahui mengenai hukum? Atau kerana mereka tahu mengenai hukumlah, mereka menjadi bertambah mudah melakukan itu semua? Mereka berfikir setelah melakukan itu semua mereka boleh bertaubat. Alangkah rendah dan kerdilnya mental remaja dan umat Islam semacam ini berusaha mencari kesempatan di celah kemudahan yang diperolehi.

Kalau binatang walaupun mereka tak punya akal, kadang-kadang tahu membezakan yang boleh dengan tak boleh. Cuba lihat kucing, dia makan dengan tenang apa yang anda lemparkan padanya dari tangan anda sambil duduk di sisi kaki anda mengiau dan menjilat-jilat.

Dalam situasi lain, kalau kucing mahu mencuri ikan, kita dapati sikapnya berlainan. Sebelum mengambil makanan itu dia menoleh ke kiri dan ke kanan, baru mengambil sepotong ikan, kemudian terus membawa lari ke tempat yang jauh daripada orang. Bila dengar suara orang cepat-cepat dia lari, kadangkala meninggalkan ikan itu. Semua ini adalah tingkah laku dan gelagat kucing yang tahu mana makanan halal dan mana yang haram. Padahal dia adalah seekor binatang saja, dia tak belajar fekah, tafsir dan akidah. Kenapakah manusia yang belajar dan berilmu tetapi terus melanggar apa yang dia tahu.

Jelaslah di sini bahawa tahu dan mengerti dan mempunyai ilmu bukanlah kunci keperibadian tetapi iman, motivasi, kemahuan dan tekad yang kuat untuk melaksanakan ilmu pengetahuan tadi akan membentuk keperibadian. Semestinya ilmu yang ada dalam diri mesti disatukan dengan iman menyatu dalam sanubari, sehingga menghasilkan perasaan benci terhadap sesuatu yang dilarang kemudian berusaha menolaknya.

Inilah namanya celik mata hati, hati yang diisi dengan hikmah dalam membantu mendengar suara hati. Buta mata tak nampak keindahan manakala buta hati tak nampak kebenaran. Kalau dah tak nampak kebenaran, orang bimbing pun tak nak ikut, teguran dianggap sebagai sindiran, nasihat dianggap racun yang tak mampu didengari.

Dalam Islam ada tiga kategori yang membezakan perangai dan tingkah laku, iaitu:

1. Muslim. Golongan ini yang hanya sekadar berikrar dengan lidah mengucap dua kalimah syahadah sahaja, tiada pembuktian atas ucapan itu. Sekadar bernama Muslim. Yang inilah yang kita sebut pada awal bicara ada ilmu tapi tak boleh ikut dan beramal dengan ilmu. Sekadar tahu.

2. Mukmin. Golongan ini mereka yang meyakini apa yang dipercayai dan melaksanakan apa yang diyakini, namun mereka buat tiada istiqomah dan tidak berpanjangan amalannya. Pendek kata masih tidak menjadi budaya, malah mudah tewas sekiranya tergoda dengan ujian.

3. Muhsin. Golongan inilah yang akan mengubah perilaku dan mereka yang dapat memanfaatkan ilmu, mengajak orang lain berubah, malah mereka menjadi penyelamat. Alangkah beruntungnya sekiranya remaja berusaha meningkatkan kualiti dan standard agamanya bukan sekadar menjadi "muslim" dan "mukmin," malah menjadi remaja yang "muhsin," iaitu ejen perubahan dan penyelamat ummah.