Saturday, March 15, 2008

Sports in Islam

Features of sports in Islam are many. In fact, many Islamic obligations include physical activities in addition to spiritual activities and ways of straightening behaviour. Prayer, for example, is a spiritual purification as well as motions for the body. Hajj also involves physical effort in its various rituals. So do visiting fellow Muslims and the sick, and walking to mosques.

All kinds of social activities in Islam can be considered to be a physical exercise of the body and a way to strengthen it, as long as these activities are done moderately.

Among the sports that the Prophet, peace be upon him, played are the following:

  • Running. It was a form of training for travelling, jihad, seeking provision, etc. It was reported by Ahmad ibn Hanbal that the Prophet raced Aishah and she outran him. Then they had another race where he outran her, where upon he said,"This time makes up for the other."

  • Horsemanship and horse racing. In Sahih Muslim it is reported that Allah's Messenger said, "Ride horses, for they are the legacy of your father Ismail (Ishmael)."

  • Archery. A number of hadiths show that this sport was popular among early Muslims. Uqbah ibn Amir said, "I heard the Messenger of Allah saying while he was on the pulpit, 'In the verse, [And make ready against them all you can of power, including steeds of war], the word power means archery; the word force means archery."

  • Fencing. Arabs knew a sport by the name niqaf, which is in fact the origin of fencing as known today. One of its forms was a special dance that the Prophet witnessed being done by Abyssinians inside a mosque. This niqaf refers to some movements being performed with arrows. In a narration reported by Abu Salamah, those Abyssinians were playing with their spears.

  • Wrestling. The Prophet wrestled with a number of men, one of whom was Rukanah ibn Abd Yazid ibn Hashim ibn Abdul-Muttalib, who lived in Makkah and was a skillful wrestler. (Al-Hakim, AbuDawud, and At-Tirmidhi) .

  • Swimming. As-Suyuti reported that Abu Al-Qasim Al-Baghawi narrated on the authority of Ibn Abbas that the Prophet and some of his Companions once swam in a stream. That day, the Prophet said,"Let everyone among us swim towards his friend." The Prophet himself swam towards Abu Bakr until he embraced him saying, "Here I am and my friend" (see Al-Zurqani's comment on Al-Mawahib Al-Ladunniyyah, vol. 1, p. 194).

Sunday, March 2, 2008

Adab Membaca Al-Quran

WAJIB bagi kita menghalalkan apa yang dihalalkan al-Quran dan mengharamkan apa yang diharamkannya. Diwajibkan pula beradab dengannya dan berakhlak terhadapnya.

Ketika membaca al-Quran, seorang Muslim perlu memperhatikan adab berikut untuk mendapatkan kesempurnaan pahala dalam membacanya.

  • Membacanya dalam keadaan sempurna, suci daripada najis dan dengan duduk yang sopan dan tenang. Dianjurkan agar pembaca berada dalam keadaan suci.
Imam Haromain berkata: Orang yang membaca al-Quran dalam keadaan najis, dia tidak dikatakan mengerjakan hal yang makruh akan tetapi dia meninggalkan sesuatu utama.

  • Membacanya dengan perlahan (tartil) dan tidak cepat agar dapat menghayati ayat yang dibaca.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Siapa saja yang membaca al-Quran (khatam) kurang dari tiga hari, bererti dia tidak memahami." (Hadis Riwayat: Ahmad dan penyusun Kitab Sunan).

Sebahagian kelompok daripada generasi pertama membenci pengkhataman al-Quran sehari semalam berdasarkan hadis di atas. Rasulullah memerintahkan Abdullah Ibnu Umar untuk mengkhatamkan al-Quran setiap satu minggu (tujuh hari) (Muttafaq Alaih). Ini dilakukan Abdullah bin Mas’ud, Uthman bin Affan, Zaid bin Tsabit. Mereka mengkhatamkan al-Quran sekali dalam seminggu.

  • Membaca al-Quran secara khusyuk dengan menangis kerana sentuhan pengaruh ayat yang dibaca yang menyentuh jiwa dan perasaan.
Dalam hal ini, Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Bacalah al-Quran dan menangislah, apabila kamu tidak menangis maka usahakan menangis kerana ayat yang engkau baca." (Hadis Riwayat: Al-Bazzar).

Allah s.w.t juga menjelaskan sebahagian daripada sifat hamba-Nya yang soleh dengan firman-Nya yang bermaksud: "Dan mereka segera tunduk sujud itu sambil menangis, sedang Al-Quran menambahkan mereka khusyuk." (Surah Al-Isra’: Ayat 109)

  • Membaguskan suara membacanya

Sebagaimana sabda Rasulullah yang bermaksud: "Hiasilah al-Quran dengan suaramu." (Hadis Riwayat: Ahmad, Ibnu Majah & Al-Hakim).

Dalam hadis lain dijelaskan: "Tidak termasuk umatku orang yang tidak melagukan al-Quran." (Hadis Riwayat: Al-Bukhari dan Muslim)

Maksud hadis di atas ialah membaca al-Quran dengan susunan bacaan yang jelas dan terang makhraj hurufnya, panjang pendeknya bacaan, tidak sampai keluar daripada ketentuan kaedah tajwid.

  • Membaca al-Quran dimulai dengan isti’adzah.

Allah berfirman yang bermaksud: "Dan bila kamu akan membaca al-Quran, maka mintalah perlindungan kepada Allah daripada (godaan-godaan) syaitan yang terkutuk." (Surah An-Nahl: Ayat 98)

  • Apabila ayat yang dibaca dimulai dari awal surah, selepas isti’adzah terus membaca Basmalah dan apabila tidak di awal surah cukup membaca isti’adzah. Khusus untuk surat At-Taubah, walaupun dibaca mulai awal surat tidak perlu membaca Basmalah. Cukup dengan membaca isti’adzah saja.

  • Membaca al-Quran dengan berusaha mengetahui ertinya dan memahami inti daripada ayat yang dibaca dengan beberapa kandungan ilmu yang ada di dalamnya.

Firman Allah bermaksud: "Maka apakah mereka tidak memperhatikan al-Quran, ataukah hati mereka terkunci?" (Surah Muhammad: Ayat 24)

  • Membaca al-Quran dengan tidak mengganggu orang sedang solat, dan tidak perlu membacanya dengan suara yang terlalu keras atau di tempat yang banyak orang. Bacalah dengan suara atau dalam hati secara khusyuk.

Rasulullah bersabda bermaksud: "Orang yang terang-terangan (di tempat orang banyak) membaca al-Quran, sama dengan orang yang terang-terangan dalam sedekah." (Hadis Riwayat Tirmidzi, Nasa’i, dan Ahmad)

Dalam hadis lain dijelaskan: "Ingatlah bahawa setiap hari dari kamu munajat kepada Rabbnya, maka janganlah salah satu daripada kamu mengganggu yang lain, dan salah satu daripada kamu tidak boleh mengangkat suara atas yang lain di dalam membaca (al-Qur’an)." (Hadis Riwayat: Abu Dawud, Nasa’i, Baihaqi dan Hakim)

Jangan jadikan ibadah yang kita lakukan sia-sia kerana kita tidak mengendahkan sunnah Rasulullah dalam melaksanakan ibadah membaca al-Quran.

Misalnya, membaca dengan suara keras pada larut malam, yang akhirnya mengganggu orang yang istirahat dan solat malam.

  • Dengarlah bacaan al-Quran. Jika ada yang membaca al-Quran, maka dengarlah bacaannya itu dengan tenang.

Allah berfirman yang bermaksud: "Dan tatkala dibacakan al-Quran, maka dengarlah dan diamlah, semoga kamu diberi rahmat." (Surah Al-A’raaf: Ayat 204)

  • Membaca dengan saling bergantian. Membaca al-Quran, boleh dilakukan secara bergantian dan yang mendengarnya haruslah dengan khusyuk dan tenang.

Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Tidaklah berkumpul suatu kaum di dalam rumah Allah, mereka membaca al-Quran dan saling mempelajarinya kecuali akan turun atas mereka ketenangan dan mereka diliputi oleh rahmat (Allah), malaikat menyertai mereka, dan Allah membanggakan mereka di kalangan (malaikat) yang ada di sisi-Nya." (Hadis Riwayat: Abu Dawud)

  • Melakukan sujud Tilawah (sujud Sajdah) pada saat selesai membaca ayat Sajdah, pada bila-bila masa saja, baik siang ataupun malam, jika pembacanya belum batal daripada wuduk. Tatacara pelaksanaannya dimulai daripada takbir, lalu sujud, kemudian membaca "Subhaana Rabbiyal A’laa"’ (Maha Suci Rabb-ku Yang Maha Tinggi), lalu dilanjutkan dengan doa sujud Tilawah. Selepas itu bangkit daripada sujud tanpa takbir dan salam, kerana tidak ada riwayat daripada Nabi s.a.w mengenai hal itu, kecuali jika sujud Tilawah itu dilakukan di tengah-tengah pelaksanaan solat, maka ia bertakbir ketika sujud dan bangkit daripada sujud.

  • Berdoa selepas membaca al-Quran.

Dalam sebuah riwayat dijelaskan, bahawa sahabat apabila khatam membaca al-Quran, mereka berkumpul untuk berdoa dan mengucapkan: "Semoga rahmat turun atas selesainya membaca al-Quran."

Sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a dijelaskan bahawa apabila dia sudah khatam membaca Al-Quran, dia mengumpulkan keluarganya dan berdoa. (Hadis Riwayat: Abu Dawud)

Setiap orang Islam wajib mengatur hidupnya sesuai dengan tuntutan al-Quran. Ia harus dipelihara kesucian dan kemuliaannya, serta dipelajari dan difahami ayat-ayatnya.

Pelaksanaan ini adalah sebagai tanda kita beriman kepada al-Quran.