Tuesday, March 31, 2009

Berhibur? Apa Salahnya?

Hiburan.. Atau dalam bahasa modennya Hedonisme. Budaya berhibur kini semakin menular tak kira golongan mahupun usia. Pelbagai jenis genre dan rentak lagu yang boleh kita dengar. Bila buka saja radio, bermacam-macam saluran yang boleh didengar. Bila buka saja tv, bermacam-macam rancangan hiburan yang disajikan kepada para penonton. Namun, budaya hedonisme ni, boleh merencatkan dan mencacatkan pembentukan jati diri remaja gemilang. Hal ini kerana terdapat pelbagai pengaruh yang diserap melalui media-media khususnya media hiburan. Dari sinilah budaya-budaya negatif mula diserap dalam diri remaja.

Mungkin kita memandang remeh tentang hal ini. Yelah, siapa yang tak suka berhibur bukan? Namun, pentingnya bagi kita semua untuk mengetahui, apakah hiburan yang disarankan oleh syara’ untuk kita bersama. Saya tidak kata, haram untuk kita berhibur. Tapi, setiap sesuatu perkara pastinya ada alternatif yang boleh dipilih agar kita tidak sesekali dipengaruhi oleh pengaruh-pengaruh budaya hedonisme yang dibawa oleh barat dan rejim zionis. Dalam Protokol Zionis (perkara yang ke berapa wallahhua’alam), ada menyatakan, salah satu senjata bagi menghancurkan umat Islam ialah budaya hiburan yang melampau. Mahu ke kita tergolong dalam kalangan orang yang berjaya dipengaruhi oleh rejim zionis itu?

Apabila hiburan menguasai iman, diri pun hilang pedoman

Menurut Prof. Dr. Yusuf al-Qardawi, beliau telah mengeluarkan fatwa berkaitan dengan hiburan. Menurut beliau, kita dibolehkan untuk mendengar/melihat segala jenis hiburan asalkan hiburan tersebut tidak menjurus ke arah kemaksiatan dan pemujaan dan juga lalai dari mengingati Allah. Oleh itu, Allah telah mengurniakan akal untuk kita berfikir, hiburan yang manakah wajar bagi kita sebagai seorang muslim. Bukan apa, banyak lirik-lirik lagu yang menjuruskan ke arah pemujaan dan kemaksiatan. Ada juga yang dengar lagu macam nak pecah gegendang telinga oleh kerana duk asyik mendengar lagu My Hump. Ada juga yang bila frust bercinta, dengar lagu Where is The love sedangkan dalam lirik lagu tersebut ada unsur-unsur memuja tuhan selain Allah. Astaghfirullah.. Begitu mudah masyarakat kita menerima bulat-bulat apa yang disajikan oleh barat kepada kita.

Sebab itu, Allah menurunkan al-Quran dan kita disarankan untuk membacanya dengan bertartil,bertajwid dan bertarannum. Ini menujukkan, Islam tidak melarang umatnya untuk berhibur. Di samping itu, pada zaman Rasulullah banyak syair-syair arab, qasidah, marhaban, rawi yang dijadikan sebagai halwa telinga masyarakat pada masa itu. Dalam syair-syair tersebut, diselitkan nilai-nilai murni islam di samping menjadi wadah kepada penduduk Islam pada masa itu. Pada masa kini, timbul pula aliran muzik nasyid yang pada asalnya diambil daripada kesenian arab pada masa dahulu. Aliran ini kemudiannya diadun mengikut cita rasa terkini mengikut halwa telinga masyarakat pada masa ini. Yang penting, adalah mesej dan rentak lagu yang tidak melalaikan dan mengarah kepada pemujaan dan sebagainya..