Thursday, April 21, 2011

Janganlah Jadi Seperti Seekor Keldai




Pada suatu ketika, seorang raja menghadiahkan Nasrudin seekor keldai. Nasrudin menerimanya dengan senang hati tetapi raja itu berkata,

"Nasrudin, Ajarlah keldai itu membaca. Dalam masa dua minggu, kau datanglah kembali ke sini, dan kita lihat hasilnya bagaimana." Nasrudin pun beredar dari situ.



Selepas dua minggu, ia kembali ke istana. Tanpa banyak bercakap, raja itu pun menunjuk Nasrudin ke sebuah buku besar. Nasrudin membawa keldainya itu ke buku itu dan membuka buku tersebut.

Si keldai menatap buku itu dan tidak lama kemudian, keldai itu pun mula membalik halaman dengan lidahnya. Terus menerus, dibaliknya setiap halaman sehingga ke halaman yang terakhir. Setelah itu, si keldai menatap Nasrudin.

"Selesai sudah," kata Nasrudin, "Keldaiku sudah boleh membaca."

Raja itu pun mula bertanya, "Bagaimana cara kau mengajar dia membaca?"

Nasrudin bercerita, "Ketika sampai di rumah, aku siapkan lembaran-lembaran besar yang serupa buku, dan aku letakkkan biji-biji gandum di dalamnya. Keldai itu harus belajar membalik-balik halaman supaya ia boleh makan biji-biji gandum itu, sehinggalah ia terlatih untuk membalik-balik halaman buku dengan betul."

Dengan rasa tidak berpuas hati, raja itu bertanya lagi, "Tapi, bukankah ia tidak faham apa yang dibacanya?"

Nasrudin menjawab, "Memang begitulah cara keldai membaca: hanya membalik-balik halaman tanpa mengerti isinya. Kalau kita membuka buku tanpa memahami isinya, kita disebut sejahil keldai, bukan?"

Sekian ceritanya.

Melalui cerita ini, sebagai penuntut ilmu terutama ilmu agama, jangan hanya kita membaca buku-buku agama tanpa kita memahami isi kandungan tersebut. Kalau kita tidak mampu untuk memahaminya, rujuklah kepada orang yang lebih arif dan alim daripada kita. Jangan hanya kita bergantung kepada pemahaman kita semata-mata tanpa merujuk kepada para Alim Ulama kita yang bijak pandai. Jika tidak, kita seolah-olah tidak jauh daripada seekor keldai seperti cerita di atas.

Dalam Al-Quran, Allah telah mengingatkan kepada kita di dalam surah Al-Jumuah ayat 5:


Ertinya : " Bandingan orang-orang (Yahudi) yang dipertanggungjawabkan dan ditugaskan (mengetahui dan melaksanakan hukum) Kitab Taurat, kemudian mereka tidak menyempurnakan tanggungjawab dan tugas itu, samalah seperti keldai yang memikul bendela Kitab-kitab besar (sedang ia tidak mengetahui kandungannya). Buruk sungguh bandingan kaum yang mendustakan ayat-ayat keterangan Allah dan (ingatlah), Allah tidak memberi hidayat petunjuk kepada kaum yang zalim. "

Wallahualam.


Tuesday, April 19, 2011

Sekadar Peringatan..

Assalamualaikum wr. wb.

Alhamdulillah. Syukur kita ke hadrat Ilahi kerana masih lagi diberikan peluang, masa, umur dan kesihatan tubuh badan terutama si penulis sendiri untuk menggerakkan jari-jemari ini demi meneruskan penulisan saya yang seterusnya. InsyaAllah amin.

Pada zaman hari ini, kita tidak akan boleh lari daripada satu perkara iaitu hiburan. Tidak kiralah sama ada hiburan itu berbentuk musik, internet, handphone atau sebagainya. Jadi, dengan adanya semua ini di sekeliling kita akan menjadi diri kita sentiasa rasa terhibur. Maka, kalau hiburan seperti ini tidak ada sepertimana pada zaman 70-an, 60-an atau sebawahnya, kita berasa hidup kita berasa kekosongan dan bosan terutama dalam kalangan pemuda pemudi dan penulis secara peribadi.
Baiklah, kita mengambil salah satu hiburan atau satu perkara yang tidak boleh kita lupa ketika kita keluar iaitu Handphone/Laptop/Komputer. Alat ini merupakan salah satu perkara yang sentiasa 'updated' dengan keluaran model-model yang canggih sehingga kita menggunakan 'handphone' yang kita ada dalam masa yang singkat. Kenapa? Jawabannya ialah hiburan. Kalau tidak kerana berhibur untuk menunjukkan kepada kawan-kawan dalam keadaan tidak sedar, maka 'handphone' baharu yang kita beli ini menjadi sia-sia. Setuju?




Jadi, soal kita beli itu bukan isu yang hendak dibincangkan di sini. Sebaliknya, kita lebih menumpukan kepada cara kita mengambil berat dalam menjaga 'handphone' ini dengan sebaik mungkin. Cuba kita perhatikan ketika kita membeli laptop/handphone/komputer, apa yang kita akan lihat dan mengambil berat dulu? Jawabannya ada pada kita sendiri. Tidak perlu dikatakan lagi. Apabila kita sudah memilikinya, kita akan menjaganya dengan penuh hati-hati. Kalau laptop/komputer, kita akan masukkan Mirosoft Office, Anti-Virus Software, Wireless dan perkara-perkara yang asas. Kalau tidak ada semua itu, maka laptop/komputer kita tidak ada manfaat dan akan rosak kerana tidak ada pendinding untuk menepis 'virus' yang tidak baik itu. Setuju?


Kita sangat sekali mengambil berat soal ini sehingga banyak menghabiskan duit kita demi laptop/komputer yang kadang2 dalam 6 tahun sudah rosak. Bagaimana pula dengan ibadah kita terutama cara solat? adakah kita menjaganya sepertimana kita jaga laptop? Malangnya, kita tidak menjaganya seperti itu. Kita boleh melihat kebanyakkan dari kalangan orang islam kurang memberi perhatian mengenai perkara ini termasuk golongan elit sekali pun. Di sini bukan bertujuan untuk mengata dan menuding jari pada sesiapa, tetapi sekadar peringatan terutama diri penulis.




Apa yang dimaksudkan dengan cara solat ialah bagaimana cara solat ketika kita mengangkat takbiratul ihram, sujud, duduk antara dua sujud, bacaan fatihah dan sebagainya. Adakah ia benar-benar bertepatan dengan hadith-hadith Nabi dan Mazhab yang empat?

Jika kita lihat di dalam Al-Quran, Allah menegaskan bahawa Solat dapat mencegah diri kita daripada kemungkaran dan kekejian (cuba check Al-Quran). Persoalannya, kenapa orang islam melakukan perkara yang ditegah oleh Allah? Jawabannya kerana ia tidak bersolat. Kedua, jika orang islam ini tidak meninggalkan solat sehingga solat sunat pun tidak pernag ditinggalkan tetapi ia masih lagi melakukan perkara-perkara yang dilarang. Agak2 kenapa ye? Jawabannya pada hemat penulis, besar kemungkinan ia bersolat tetapi cara solatnya itu masih tidak bertepatan dengan apa yang diajarkan oleh Nabi s.a.w.

Wallahu'alam.