Thursday, April 21, 2011

Janganlah Jadi Seperti Seekor Keldai




Pada suatu ketika, seorang raja menghadiahkan Nasrudin seekor keldai. Nasrudin menerimanya dengan senang hati tetapi raja itu berkata,

"Nasrudin, Ajarlah keldai itu membaca. Dalam masa dua minggu, kau datanglah kembali ke sini, dan kita lihat hasilnya bagaimana." Nasrudin pun beredar dari situ.



Selepas dua minggu, ia kembali ke istana. Tanpa banyak bercakap, raja itu pun menunjuk Nasrudin ke sebuah buku besar. Nasrudin membawa keldainya itu ke buku itu dan membuka buku tersebut.

Si keldai menatap buku itu dan tidak lama kemudian, keldai itu pun mula membalik halaman dengan lidahnya. Terus menerus, dibaliknya setiap halaman sehingga ke halaman yang terakhir. Setelah itu, si keldai menatap Nasrudin.

"Selesai sudah," kata Nasrudin, "Keldaiku sudah boleh membaca."

Raja itu pun mula bertanya, "Bagaimana cara kau mengajar dia membaca?"

Nasrudin bercerita, "Ketika sampai di rumah, aku siapkan lembaran-lembaran besar yang serupa buku, dan aku letakkkan biji-biji gandum di dalamnya. Keldai itu harus belajar membalik-balik halaman supaya ia boleh makan biji-biji gandum itu, sehinggalah ia terlatih untuk membalik-balik halaman buku dengan betul."

Dengan rasa tidak berpuas hati, raja itu bertanya lagi, "Tapi, bukankah ia tidak faham apa yang dibacanya?"

Nasrudin menjawab, "Memang begitulah cara keldai membaca: hanya membalik-balik halaman tanpa mengerti isinya. Kalau kita membuka buku tanpa memahami isinya, kita disebut sejahil keldai, bukan?"

Sekian ceritanya.

Melalui cerita ini, sebagai penuntut ilmu terutama ilmu agama, jangan hanya kita membaca buku-buku agama tanpa kita memahami isi kandungan tersebut. Kalau kita tidak mampu untuk memahaminya, rujuklah kepada orang yang lebih arif dan alim daripada kita. Jangan hanya kita bergantung kepada pemahaman kita semata-mata tanpa merujuk kepada para Alim Ulama kita yang bijak pandai. Jika tidak, kita seolah-olah tidak jauh daripada seekor keldai seperti cerita di atas.

Dalam Al-Quran, Allah telah mengingatkan kepada kita di dalam surah Al-Jumuah ayat 5:


Ertinya : " Bandingan orang-orang (Yahudi) yang dipertanggungjawabkan dan ditugaskan (mengetahui dan melaksanakan hukum) Kitab Taurat, kemudian mereka tidak menyempurnakan tanggungjawab dan tugas itu, samalah seperti keldai yang memikul bendela Kitab-kitab besar (sedang ia tidak mengetahui kandungannya). Buruk sungguh bandingan kaum yang mendustakan ayat-ayat keterangan Allah dan (ingatlah), Allah tidak memberi hidayat petunjuk kepada kaum yang zalim. "

Wallahualam.


Tuesday, April 19, 2011

Sekadar Peringatan..

Assalamualaikum wr. wb.

Alhamdulillah. Syukur kita ke hadrat Ilahi kerana masih lagi diberikan peluang, masa, umur dan kesihatan tubuh badan terutama si penulis sendiri untuk menggerakkan jari-jemari ini demi meneruskan penulisan saya yang seterusnya. InsyaAllah amin.

Pada zaman hari ini, kita tidak akan boleh lari daripada satu perkara iaitu hiburan. Tidak kiralah sama ada hiburan itu berbentuk musik, internet, handphone atau sebagainya. Jadi, dengan adanya semua ini di sekeliling kita akan menjadi diri kita sentiasa rasa terhibur. Maka, kalau hiburan seperti ini tidak ada sepertimana pada zaman 70-an, 60-an atau sebawahnya, kita berasa hidup kita berasa kekosongan dan bosan terutama dalam kalangan pemuda pemudi dan penulis secara peribadi.
Baiklah, kita mengambil salah satu hiburan atau satu perkara yang tidak boleh kita lupa ketika kita keluar iaitu Handphone/Laptop/Komputer. Alat ini merupakan salah satu perkara yang sentiasa 'updated' dengan keluaran model-model yang canggih sehingga kita menggunakan 'handphone' yang kita ada dalam masa yang singkat. Kenapa? Jawabannya ialah hiburan. Kalau tidak kerana berhibur untuk menunjukkan kepada kawan-kawan dalam keadaan tidak sedar, maka 'handphone' baharu yang kita beli ini menjadi sia-sia. Setuju?




Jadi, soal kita beli itu bukan isu yang hendak dibincangkan di sini. Sebaliknya, kita lebih menumpukan kepada cara kita mengambil berat dalam menjaga 'handphone' ini dengan sebaik mungkin. Cuba kita perhatikan ketika kita membeli laptop/handphone/komputer, apa yang kita akan lihat dan mengambil berat dulu? Jawabannya ada pada kita sendiri. Tidak perlu dikatakan lagi. Apabila kita sudah memilikinya, kita akan menjaganya dengan penuh hati-hati. Kalau laptop/komputer, kita akan masukkan Mirosoft Office, Anti-Virus Software, Wireless dan perkara-perkara yang asas. Kalau tidak ada semua itu, maka laptop/komputer kita tidak ada manfaat dan akan rosak kerana tidak ada pendinding untuk menepis 'virus' yang tidak baik itu. Setuju?


Kita sangat sekali mengambil berat soal ini sehingga banyak menghabiskan duit kita demi laptop/komputer yang kadang2 dalam 6 tahun sudah rosak. Bagaimana pula dengan ibadah kita terutama cara solat? adakah kita menjaganya sepertimana kita jaga laptop? Malangnya, kita tidak menjaganya seperti itu. Kita boleh melihat kebanyakkan dari kalangan orang islam kurang memberi perhatian mengenai perkara ini termasuk golongan elit sekali pun. Di sini bukan bertujuan untuk mengata dan menuding jari pada sesiapa, tetapi sekadar peringatan terutama diri penulis.




Apa yang dimaksudkan dengan cara solat ialah bagaimana cara solat ketika kita mengangkat takbiratul ihram, sujud, duduk antara dua sujud, bacaan fatihah dan sebagainya. Adakah ia benar-benar bertepatan dengan hadith-hadith Nabi dan Mazhab yang empat?

Jika kita lihat di dalam Al-Quran, Allah menegaskan bahawa Solat dapat mencegah diri kita daripada kemungkaran dan kekejian (cuba check Al-Quran). Persoalannya, kenapa orang islam melakukan perkara yang ditegah oleh Allah? Jawabannya kerana ia tidak bersolat. Kedua, jika orang islam ini tidak meninggalkan solat sehingga solat sunat pun tidak pernag ditinggalkan tetapi ia masih lagi melakukan perkara-perkara yang dilarang. Agak2 kenapa ye? Jawabannya pada hemat penulis, besar kemungkinan ia bersolat tetapi cara solatnya itu masih tidak bertepatan dengan apa yang diajarkan oleh Nabi s.a.w.

Wallahu'alam.

Tuesday, March 22, 2011

Pengalaman Manis Di Mesir.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Sudah hampir 2 tahun saya telah meninggalkan bumi yang penuh barakah. Bumi yang penuh dengan ilmu-ilmu agama yang sukar didapati di negeri sendiri. Di bumi ini juga, terdapat banyak kisah-kisah yang memberi kita sebagai orang islam pengajaran dan keinsafan yang pernah dilalui oleh para Nabi dan Rasul, para wali-wali Allah dan para 'Ulama kita yang dicintai. Tidak lupa juga di bumi ini, terdapat kisah seseorang yang berani mengaku dirinya sebagai tuhan iaitu Fir'aun di mana Allah sengaja meninggalkan kesan-kesan untuk dipertontonkan kepada kita supaya tidak mengikuti jejak seperti Fir'aun. Alhamdulillah. Semasa berada di sana, banyak pengalaman yang manis dan pahit yang tidak luput dan hilang di dalam ingatan saya sehingga hari ini.

Pengalaman yang manis bagi saya, ketika saya berada di dalam universiti Al-Azhar. Pelbagai orang saya jumpa di sini. Sungguh berbeza sekali apabila melihat universiti ini kerana sistem yang digunakan di sana hampir semuanya 'not computerised'. Jadi, kami di sana harus berkejar sana sini untuk mendapatkan beberapa 'khidmat' supaya pendaftaran kami berjalan lancar. Di sini juga, saya dapat berjumpa dengan pelbagai latar belakang guru-guru yang bergelar profesor dan Syeikh di mana mereka banyak mencurahkan ilmu-ilmu kepada kita untuk dipratikkan. Mereka juga banyak memberi nasihat-nasihat berkenaan dengan adab-adab seorang penuntut ilmu di mana mereka mengatakan, "jika kamu berilmu banyak mana pun tetapi tidak mempunyai adab-adab yang digariskan, maka ilmu kamu tidak ada erti langsung". Kata-kata itulah saya bawa pulang ke tanah air supaya ilmu-ilmu yang diperolehi diberkati.



Selanjutnya, pengalaman yang tidak dapat saya lupakan ketika saya menghadiri pengajian-pengajian Syeikh Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki yang dibuat di bangunan rumah-rumah Malaysia Kaherah seperti Rumah Terengganu di Hayyu 'Asyir dan Rumah Kedah di Hayyu Sabie'. Di sana, saya banyak mendapat ilmu-ilmu selain di kuliah seperti Fiqih, Hadith, buku-buku nasihat dan sebagainya. Saya tidak sempat bergambar dengannya kerana pengajian beliau terlalu ramai orang yang hadir. Ini antara perkara yang harus bagi seorang penuntut ilmu untuk memilikinya.

Sebagai seorang penuntut ilmu terutama ilmu agama, majlis ilmu ialah aktiviti sampingan bagi mereka supaya ia dapat meluaskan lagi curahan ilmu yang telah dipelajari semasa di kuliah. Hal ini kerana ilmu-ilmu yang kita pelajari di kuliah tidak semuanya dibincangkan kerana kesuntukan masa dan sebagainya. Sebaliknya, majlis ilmu merupakan tempat yang sesuai untuk kita mengkaji, meneliti, bertanya, berkongsi dan berbincang berkenaan ilmu yang sedang dipelajari kerana ia mempunyai masa yang banyak. Walaupun begitu, tidak bermakna bahawa ilmu-ilmu yang dipelajari di kuliah tidak berkesan cuma dari sudut masa, tidak terlalu banyak seperti dalam majlis ilmu. Kalau kita ingin sebut mengenai majlis ilmu ini, di Masjid Al-Azhar sendiri yang bersebelahan dengan Universiti itu mempunyai banyak majlis ilmu yang diadakan seperti Syeikh Yusry, Syeikh Muhyiddin Al-Shafi dan lain-lain lagi.



Kalau kita lihat dari gambar ini, bagi yang memahami bahasa arab, memang sudah tahu apa yang dimaksudkan kata-kata dalam gambar ini. Bagi yang tidak memahami bahasa arab, ini merupakan hari yang paling bahagia untuk penuntut di sana sama ada orang arab ataupun bukan arab. Hal ini kerana hari tersebut yang bertarikh 28 Jan-28 Feb merupakan hari Jualan buku-buku (Book Fair). Hari itu, semua penuntut yang berada di sana berpusu-pusu datang ke Kaherah untuk membeli buku-buku sebanyak mungkin kerana jualan tersebut sangat murah sekali. Hampir 70% diskaun. Sebelum kami membeli buku-buku, kami akan tinjau beberapa tempat untuk melihat buku-buku yang ada di sana supaya tidak membazir.



Gambar di tempat ini antara tempat-tempat yang kami singgah untuk meninjau buku-buku baharu yang telah dihasilkan di dalam Bookstore ini. Memang pening apabila melihat buku-buku di sekeliling. Mata menjadi juling. Semua koleksi buku-buku ini ingin kami dapatkan kerana ia tidak ada di negara kita. kalau ada pun, mahal sedikit berbanding di sini. Di dalam Book Fair ini, bukan sahaja buku-buku agama dijual tetapi buku-buku pelbagai bidang dan bahasa ada. Sebut sahaja bidang dan bahasa apa boleh kita dapati di sini. Pada hari yang kedua, kami akan membeli buku-buku sebanyak mungkin. Kalau diikutkan, memang banyak duit digunakan pada masa ini tetapi setahun sekali kita harus mengambil peluang keemasan ini untuk memiliki buku-buku yang menjadi rujukan pada masa akan datang.

Itulah antara pengalaman-pengalaman manis yang saya tidak dapat dilupakan. Ia sentiasa melekat di dalam minda saya dan saya pasti kebanyakkan sahabat-sahabat yang pernah menyambung di sana akan merasai sepertimana saya sendiri sebagai mantan penuntut di sana. Mudah-mudahan jika ada peluang dan rezeki, saya akan menjejaki pada kali yang kedua di bumi Mesir itu.

Sekian.Wassalam.

~Taufik~


Alhamdulillah..Blogging Kembali!!

Assalamualaikum kepada pembaca yang dihormati sekalian..

Sekian lama sudah tidak 'bersemuka' di blog ini. Hampir 3 tahun saya meninggalkan alam blogging ini. Saya minta maaf atas peninggalan saya ini kerana ada sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. InsyaAllah saya akan mula kembali pada kesempatan ini untuk meneruskan penceritaan saya di sini. Mudah-mudahan dengan berkat Allah s.w.t., saya mendapat idea-idea untuk meluahkan dan memberikan maklumat-maklumat yang penting untuk dikongsi bersama pada masa akan datang.

Dengan itu, nantikan 'posting' saya akan datang. Sekian. Terima kasih.

Tuesday, March 31, 2009

Berhibur? Apa Salahnya?

Hiburan.. Atau dalam bahasa modennya Hedonisme. Budaya berhibur kini semakin menular tak kira golongan mahupun usia. Pelbagai jenis genre dan rentak lagu yang boleh kita dengar. Bila buka saja radio, bermacam-macam saluran yang boleh didengar. Bila buka saja tv, bermacam-macam rancangan hiburan yang disajikan kepada para penonton. Namun, budaya hedonisme ni, boleh merencatkan dan mencacatkan pembentukan jati diri remaja gemilang. Hal ini kerana terdapat pelbagai pengaruh yang diserap melalui media-media khususnya media hiburan. Dari sinilah budaya-budaya negatif mula diserap dalam diri remaja.

Mungkin kita memandang remeh tentang hal ini. Yelah, siapa yang tak suka berhibur bukan? Namun, pentingnya bagi kita semua untuk mengetahui, apakah hiburan yang disarankan oleh syara’ untuk kita bersama. Saya tidak kata, haram untuk kita berhibur. Tapi, setiap sesuatu perkara pastinya ada alternatif yang boleh dipilih agar kita tidak sesekali dipengaruhi oleh pengaruh-pengaruh budaya hedonisme yang dibawa oleh barat dan rejim zionis. Dalam Protokol Zionis (perkara yang ke berapa wallahhua’alam), ada menyatakan, salah satu senjata bagi menghancurkan umat Islam ialah budaya hiburan yang melampau. Mahu ke kita tergolong dalam kalangan orang yang berjaya dipengaruhi oleh rejim zionis itu?

Apabila hiburan menguasai iman, diri pun hilang pedoman

Menurut Prof. Dr. Yusuf al-Qardawi, beliau telah mengeluarkan fatwa berkaitan dengan hiburan. Menurut beliau, kita dibolehkan untuk mendengar/melihat segala jenis hiburan asalkan hiburan tersebut tidak menjurus ke arah kemaksiatan dan pemujaan dan juga lalai dari mengingati Allah. Oleh itu, Allah telah mengurniakan akal untuk kita berfikir, hiburan yang manakah wajar bagi kita sebagai seorang muslim. Bukan apa, banyak lirik-lirik lagu yang menjuruskan ke arah pemujaan dan kemaksiatan. Ada juga yang dengar lagu macam nak pecah gegendang telinga oleh kerana duk asyik mendengar lagu My Hump. Ada juga yang bila frust bercinta, dengar lagu Where is The love sedangkan dalam lirik lagu tersebut ada unsur-unsur memuja tuhan selain Allah. Astaghfirullah.. Begitu mudah masyarakat kita menerima bulat-bulat apa yang disajikan oleh barat kepada kita.

Sebab itu, Allah menurunkan al-Quran dan kita disarankan untuk membacanya dengan bertartil,bertajwid dan bertarannum. Ini menujukkan, Islam tidak melarang umatnya untuk berhibur. Di samping itu, pada zaman Rasulullah banyak syair-syair arab, qasidah, marhaban, rawi yang dijadikan sebagai halwa telinga masyarakat pada masa itu. Dalam syair-syair tersebut, diselitkan nilai-nilai murni islam di samping menjadi wadah kepada penduduk Islam pada masa itu. Pada masa kini, timbul pula aliran muzik nasyid yang pada asalnya diambil daripada kesenian arab pada masa dahulu. Aliran ini kemudiannya diadun mengikut cita rasa terkini mengikut halwa telinga masyarakat pada masa ini. Yang penting, adalah mesej dan rentak lagu yang tidak melalaikan dan mengarah kepada pemujaan dan sebagainya..

Sunday, September 7, 2008

Medical Benefits of Taraweeh Prayers

Contributed by Sr. Sharifah Syed Ali

Dr. Ibrahim B. Syed
Executive Director,
Islamic Research Foundation, Inc., Louisville, KY

Muslims derive therapeutic and spiritual benefits starting from the Wudu to the physical movements in the Salat-Takbir, Qiyam, Ruku, Sajda, Jalsa, and Tasleem.

We perform five daily contact prayers (Salat) and voluntary prayers (Sunnah, Nafl) throughout the year and Taraweeh prayers during the month of Ramadan. This results in moderate physical exercise particularly to every muscle in the body. Some muscles contract isometrically (same length) and some contract in approximation or isotonically (same tension). The energy needed for the muscle metabolism increases during the performance of Salat, resulting in a relative deficiency of oxygen and muscle nutrients. In turn this deficiency causes vasodilatation - an increase in the caliber of blood vessels, thereby allowing blood to flow easily back to the heart. The temporarily increased load on the heart acts to strengthen the heart muscle and to improve the circulation within the heart muscle.

During the month of Ramadan, additional prayers are performed after salatul Ishaa, called Taraweeh prayers, which vary from eight rakat to 22 rakat. There's a few minutes break after every four rakat for chanting and extolling the Majesty of Allah. After Iftar (berbuka puasa), the blood glucose level continues to rise from the food ingested. Just before the Iftar meals, the blood glucose and insulin levels are at their lowest level. After an hour or so after the Iftar meal, the blood glucose begins to rise and also plasma insulin. The liver and the muscles take up the circulating glucose. The blood sugar reaches high levels in an hour or two and the benefits of Taraweeh prayers come into effect. The circulating glucose is metabolised into carbon dioxide and water during the Taraweeh prayers. Hence, the Taraweeh prayers help in expanding the extra calories and improve flexibility, coordination, reduce stress-related autonomic responses in healthy persons, and relieve anxiety and depression.

In addition to the health-boosting qualities of the salat (Namaz), the Namazi (orang yang sembahyang) will be trained to be ever-ready for any unexpected physical exertion such as sudden lifting of children, chairs, or catching a public transportation vehicle. The elderly will accomplish this more securely and efficiently. Hence, this is an advantage for the elderly to maintain their physical fitness for a longer period of time. It has been observed that those who fast and perform the Taraweeh prayers report feeling much convalescing and robust.

Elderly

As human beings grow older, their physiological activity diminishes. As a result, their bones become thinner, and if not taken care of, will suffer from osteoporosis. This condition causes the fractures of the bones in the elderly when they fall due to a loss of bone mineral content and consequent sponginess of the bones. The bone then becomes structurally unstable, brittle and susceptible to fractures.

Because of repeated and regular movements of the body during salat, the muscle strength tendon power, joint, flexibility and the cardiovascular reserve are improved. Hence, salat and Taraweeh prayers enable the elderly to enrich the quality of life and to meet with unforeseen difficulties such as falls, which could injure their bodies. Therefore, Taraweeh prayers will improve their endurance, self-respect and self-confidence in being self-reliant. Even the thought or the intention of performing the Taraweeh prayers is sufficient to activate the sympathetic nervous system.

Beneficial Effects of Gentle Exercise

The Taraweeh prayer is considered to be gentle exercise. The beneficial effects of gentle exercise on the body are many which are elaborated here. Effects on Skeletal Muscle Unused muscles atrophy inspite of the availability of ample proteins. During the Salat and Taraweeh prayers, every muscle in the body contracts, some isotonically and others isometrically. This gentle exercise also enhances endurance and diminishes tiredness. It helps the incapacitated to make the most of their remnant capabilities. The blood flow in a resting muscle is low. During the Salat and Taraweeh prayers, the blood flow is greatly increased to the muscles. Blood flow sometimes increases even before the start of Taraweeh prayers, with just the thought of performing the Taraweeh prayers. In addition to needing fats, proteins, and carbohydrates, the human body requires minerals such as Potassium for nerve and muscle activity. It is found in fruits, meats, seafood and milk.

Effect on blood pressure and breathing

During the Taraweeh prayers, systolic Blood Pressure may rise (the larger number in B.P.) a little and the diastolic Blood Pressure (the lower number in B.P.) may remain unchanged or even fall. However, after the Taraweeh prayers are over, the B.P. may drop to just below normal levels, which is a welcome sign. Taraweeh prayers improve respiratory efficiency; circulation in the capillaries surrounding the alveoli, or air sacs, is increased, bringing about enhanced gas exchange and deeper breathing. The increase in the maximal consumption of oxygen is what makes the Namazi feel better. Those who perform the Taraweeh prayers, apart from the prescribed salat prayers, are more alert and active than those who do not perform the Taraweeh prayers, even after the age of retirement.

Effect on bones and joints

Taraweeh prayers improve physical strength and joint stability and reduce the risk of injury to the tendons and connective tissues. After age 40, the bone mineral density falls with age. Taraweeh prayers increase bone mineral density in both menopausal and in elderly women and prevents osteoporosis and maintains normalcy in bone structures. Salat and Taraweeh prayers improve lubrication of joints, improve movement, and maintain flexibility.

Effect on Cardio vascular system

Deep vein thrombosis (the most common cause of ulceration of the legs in the elderly) is prevented by performing Salat and Taraweeh prayers. A combination of moderate dietary restriction, both at the Sahur and Iftar meals, accompanied by the Taraweeh prayers, should achieve weight reduction. This will also reduce both fat and body weight, but fat-free weight will remain constant or may even increase slightly. Hence, during Ramadan one should not over eat at the Sahur and Iftar meals and continue to perform Salat and Taraweeh prayers in order to lose some of the excess weight. It is well known that exercise prevents coronary heart disease (CHD), increases high density lipo-proteins (HDL or healthy Cholesterol), increases maximum oxygen intake, slows the heart, lowers the B.P. slightly, decreases ventricular ectopic activity, enlarges the lumen of the coronary arteries and increases cardiac output.

Mental Health

It is a known fact that exercise improves mood, thought and behavior. Exercise improves the quality of life, induces greater sense of well-being and energy, reduces anxiety and depression, influences mood favorably and contributes to self-esteem and an aura of confidence; improves memory in the elderly especially with constant repetition of the Ayaat (verses) from the Glorious Qur'an and other Ayaat which exalt His Glory. This constant repetition of the Qur'anic Ayaat would help to screen the mind from the incoming thoughts.

It has been found by a Harvard University researcher. Dr. Herbert Benson, that repetition of a prayer, Ayaat of the Qur'an or remembrance (Dhikr) of Allah or muscular activity coupled with passive disregard of intensive thoughts cause a "relaxation response" that leads to the lowering of Blood Pressure and decreases in oxygen consumption and a reduction in heart and respiratory rates. All these are combined in the Taraweeh prayer, which is an ideal condition for "relaxation response." It combines repeated muscular activity with repetition of salat, chanting of words of glorification of Allah and of supplications. The Taraweeh prayer puts the mind in a relaxed state.

Conclusion

Islam is the only religion in which physical movements of salat and Taraweeh prayers are combined with spiritual exercise. When salat and Taraweeh prayers are practiced throughout a person's life, recurring every few hours or so, it trains a person to undertake the difficult task of meditation during physical maneuvers of salat and Taraweeh prayers, so that the Namazi (one who performs the salat) benefits both from spiritual as well as physical exercise. Salat and Taraweeh prayers are unique in that tension builds up in the muscles during physical maneuvers on the one hand, while tension is relieved in the mind due to the spiritual ingredient, on the other hand.

The following benefits have been noted among those who perform the Taraweeh prayers:

1) burning off calories and losing weight.

2) maintaining muscle tone and body composition.

3) joint flexibility (stiff joints are often the result of disuse, not arthritis).

4) increasing metabolic rate.

5) improving circulation.

6) improving heart and lung function and aerobic capacity.

7) decreasing heart disease risk profile.

8)increasing your sense of self-control.

9) reducing your level of stress.

10) increasing your ability to concentrate.

11) improving your appearance.

12) reducing depression and resistance to depression.

13) helping you sleep better and suppressing your appetite.

Evidence is also accumulating that those who perform regular Salat along with voluntary prayers can conserve and actually retard the loss of bone mass in the elderly, thus starving off the ravages of osteoporosis that afflicts both men and women.

It is also possible to retard the aging process and confer some protection to health in later life. Those who have performed Salat (Fard and Wajib). Sunnah and Nafl and Taraweeh prayers throughout life get protection and a positive effect in terms of health and longevity. They reverse the life-shortening effects of cigarette smoking and excess body weight. Even people with high blood pressure (a primary heart disease risk) reduced their death rate by one-half and their risk of dying from any of the major diseases is reduced. They also counter genetic tendencies toward an early death.

Hence Salat (Fard, Wajib), Sunnah, Nafl and Taraweeh prayers are necessary for Muslims to preserve life and their desirable qualities into old age.

Saturday, July 5, 2008

Makna Hadits Nabi Shallallahu Alaihi Wa Sallam : Maailat Mumiilaat

Oleh :
Syeikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz

Pertanyaan:

Syeikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz ditanya : Apa makna sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam dalam hadithsnya Maailaat Mumiilaat?

Jawapan:

Ini hadiths sohih diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam Sohihnya dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam, beliau berkata:

"Dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat sebelumnya. Para lelaki yang di tangannya membawa cambuk seperti ekor lembu yang digunakan untuk mencambuk manusia, dan para wanita yang terbuka pakaiannya, telanjang, sesat dan menyesatkan, kepala mereka seperti punuk unta yang miring, mereka tidak akan masuk syurga, dan tidak mendapatkan baunya".

Ini merupakan ancaman yang besar, harus sentiasa berhati-hati dari apa yang diperingatkan. Orang lelaki yang memegang cambuk di tangannya seperti seekor lembu maksudnya adalah yang memukul manusia tanpa alasan yang dibenarkan, baik kerana kedudukannya sebagai polis ataupun lainnya, baik berdasarkan perintah dari pemerintah yang berkuasa atau tanpa perintah dari pemerintah. Sesungguhnya pemerintah hanya boleh ditaati dalam hal yang baik. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

"Sesungguhnya ketaatan itu hanya pada perbuatan yang baik"

Dan beliau bersabda pula:

"Tidak boleh taat kepada makhluk dalam perbuatan maksiat kepada Pencipta"

Sedangkan pengertian sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam,

"Wanita berpakaian tapi telanjang, sesat dan menyesatkan".

Para ulama menafsirkan erti ‘kaasiyaatun’ wanita yang mendapatkan nikmat Allah Subhanahu wa Ta’ala, ‘aariyaatun’ ertinya terlepas dari kesyukurannya dengan tidak mengerjakan perbuatan taat kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala, tidak meninggalkan maksiat dan kejahatan, padahal Allah telah memberikan kenikmatan berupa harta dan lainnya kepadanya.

Hadiths ini boleh ditafsirkan pula dengan erti lain, yaitu berpakaian tapi tidak menutupi tubuh badan, kerana terlalu tipis atau terlalu pendek sehingga tidak mencapai pengertian berpakaian yang sebenarnya. Keranna itu, mereka disebut ‘aariyaatun’ yang bererti telanjang, kerana pakaian yang mereka kenakan tidak menutupi auratnya, ‘maailaatun’ ertinya lalai dari penjagaan diri dan istiqomah, yaitu mereka melakukan maksiat dan kejahatan sebagaimana orang yang terbiasa melakukan keburukan dan lalai dalam melaksanakan kewajipan, seperti solat dan sebagainya, ‘maailaatun’ ertinya menyesatkan yang lain, yaitu dengan mengajak lainnya kepada kejahatan dan kerosakan dengan ucapan dan perbuatannya, serta menjadikan yang lain cenderung kepada kerosakan, maksiat dan terbiasa berbuat kejahatan kerana ketiadaan iman mereka, kerana lemahnya iman mereka atau kecilnya iman mereka.

Ucapan Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam:

"Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan merndapatkan baunya"

Merupakan ancaman yang keras, tapi tidak sampai menjadikan mereka atau menjadikan mereka kekal di neraka. Seperti maksiat yang lain, jika meninggal dalam keadaan beragama Islam. Namun mereka dan para ahli maksiat yang lain mendapat ancaman dengan neraka kerana maksiatnya, akan tetapi semua itu terserah pada kehendak Allah Subhanahu wa Ta’ala. Bila berkehendak, Allah akan memaafkannya dan mengampuni dosanya, atau mengazabnya, sebagaimana disebutkan dalam firman Allah Subhanahu wa Ta’ala dalam surat An-Nisa :

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari (syirik) itu, bagi siapa yang dikehendakiNya. Barangsiapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar" [An-Nisa : 48]

Orang yang masuk neraka dari golongan ahli maksiat tidak akan kekal dalam neraka seperti kekalnya orang kafir. Bahkan kekalnya orang yang membunuh, penzina atau orang yang bunuh diri di neraka tidak seperti kekalnya orang kafir. Kekalnya mereka di neraka ada batasnya menurut Ahlus Sunnah wal Jama’ah, tidak seperti Khawarij dan Mu’tazilah serta orang yang mengikuti manhaj mereka dari golongan ahli bid’ah (yang mengatakan bahwa mereka kekal sebagaimana orang kafir, tidak ada batasnya). Hadiths-hadiths sohih banyak diriwayatkan dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam yang menunjukkan adanya syafaat Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam atas umatnya yang termasuk ahli maksiat, dan Allah Subhanahu wa Ta’ala menerima syafaat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam tersebut berkali-kali. Setiap kali mengabulkan syafa’at, digariskan suatu batas, dan membebaskan mereka dari neraka.

Demikian pula para nabi, kaum mukminun, para malaikat, semuanya memberikan syafaat dengan izin Allah Subhanahu wa Ta’ala. Allah Subhanahu wa Ta’ala memberikan syafa’at kepada para ahli tauhid yang masuk neraka kerana perbuatan maksiatnya. Hanya para ahli maksiat yang tidak termasuk dalam golongan yang mendapat syafa’at dari pemberi syafa’at, maka Allah mengeluarkan mereka dari neraka dengan rahmatNya dan kebaikanNya, hingga tidak ada lagi orang di dalam neraka selain orang-orang kafir yang akan kekal di dalamnya selama-lamanya, sebagaimana disebutkan dalam firman-Nya:

"Tiap-tiap kali nyala api jahannam itu akan padam, Kami tambah lagi bagi mereka nyalanya" [Al-Isra : 97]

"Kerana itu rasakanlah. Dan kami sekali-kali tidak akan menambah kepada kamu selain daripada azab" [An-Naba : 30]

Firman Allah tentang kaum kafir dan penyembah berhala:

"Demikianlah Allah memperlihatkan kepada mereka amal perbuatannya menjadi sesalan bagi mereka ; dan sekali-kali mereka tidak akan keluar dari api neraka" [Al-Baqarah : 167]

"Sesungguhnya orang-orang yang kafir sekiranya mereka mempunyai apa yang di bumi ini seluruhnya dan mempunyai yang sebanyak itu (pula) untuk menembus diri mereka dengan itu dari azab hari kiamat, nescaya (tebusan itu) tidak akan diterima dari mereka, dan mereka beroleh azab yang pedih. Mereka ingin keluar dari neraka padahal mereka sekali-kali tidak dapat keluar daripadanya, dan mereka beroleh azab yang kekal" [Al-Maidah : 36-37]

Dan ayat-ayat yang semakna dengan ini banyak sekali. Kita memohon kepada Allah kesihatan dan keselamatan dari keadaan tersebut. Amin.

Rujukan : [Majmu Fatawa wa Maqalat Mutanawwi’ah, Syaikh Bin Baz 9/355-356]