Sunday, February 24, 2008
Tidak ada jalan untuk maksiat..
Pada suatu waktu Ibrahim bin Adham didatangi seorang lelaki, seraya berkata, "Wahai Abu Ishak, aku seorang yang berlimbah dosa, banyak melakukan kezaliman, berkenan kiranya tuan mengajariku hidup zuhud, agar Allah memberikan jalan terang dalam kehidupanku dan melembutkan hatiku yang garang". "Manakala dirimu dapat memegang teguh 6 perkara yang akan kami kemukakan, tentu akan mendapatkan keselamatan", jawab Ibrahim bin Adham."Apa itu, wahai Abu Ishak?, tanyanya.
"Pertama, manakala dirimu akan melakukan maksiat, janganlah makan rezeki Allah".
"Manakala di seluruh penjuru bumi, baik di barat mahupun di timur, di darat mahupun di laut, di kebun mahupun di gunung merupakan rezeki dari Allah, terus dari mana aku makan?"
"Wahai saudaraku, pantaskah kamu memakan rezeki Allah, sedangkan dirimu melanggar peraturanNya?"
"Tidak, demi Allah. Kemudian apa yang kedua?"
"Yang kedua, manakala kamu bermaksiat kepada Allah, janganlah bertempat tinggal di negeri-Nya."
"Tuan Ibrahim, demi Allah, yang kedua ini lebih berat, bukankah bumi ini milikNya? Kalau demikian, di manakah aku harus tinggal?" tegas lelaki itu
"Patutkah kamu makan rezeki Allah dan bertempat tinggal di bumiNya sedangan dirimu melakukan maksiat kepadaNya?"
"Tidak pantas wahai tuan guru," jawab sang lelaki.
"Ketiga, manakala dirimu hendak melakukan maksiat, jangan melupakan Allah Yang Maha Mengetahui segala rahsia dan melihat setiap gerak hati nurani," tegas lelaki itu.
"Layakkah manakala dirimu menikmati rezeki Allah, bertempat tinggal di bumi Allah, dan melakukan maksiat kepada Nya sedangkan Allah melihat dan mengawasi perilakumu?"
"Tentu saja tidak, wahai tuan guru. Terus apakah yang keempat?", tanya lelaki dengan penuh harap.
"Yang keempat, manakala malaikat maut datang kepadamu, hendak mencabut nyawa, katakanlah kepadanya, "Tunggu sebentar, aku akan bertaubat." "Tuan guru, hal itu sangat mustahil! Dan permintaan itu tidak bakal dikabulkannya," jawab sang lelaki.
"Kalau dirimu sedar, bahawa tidak boleh menolak keinginan malaikat maut (‘Izrail) sedangkan dia akan datang kepadamu bila-bila saja. Barangkali sebelum dirimu melakukan taubat, " tutur Ibrahim.
"Benar apa yang tuan ucapkan. Terus apa yang kelima?", tanya sang lelaki
"Yang kelima, manakala malaikat Munkar dan Nakir datang kepadamu, tentanglah dan lawanlah dengan segala kekuatan yang ada, manakala dirimu mampu."
"Itu suatu hal yang sangat mustahil lagi, wahai tuan guru."
"Yang keenam, manakala kelak dirimu berada di sisi Allah, dan Dia menyuruhmu masuk neraka, katakanlah, "Ya Allah, aku tidak bersedia masuk ke dalamnya", tegas Ibrahim bin AdHam.
"Wahai tuan guru, keenam perkara itu sangat berat. Cukup, aku telah sedar dan mengerti". Lelaki itu pun segera meninggalkan Ibrahim bin Adham dengan hati lega, dan menambah kesedaran dalam hatinya.
Kebajikan adalah budi pekerti yang baik dan dosa adalah apa-apa yang meragukan (pada) dirimu dan engkau tidak suka diketahui orang lain (dalam melakukannya). (HR Muslim)
Kebajikan itu adalah apa-apa yang jiwa dan hatimu tenteram kepadanya, dan dosa adalah yang jiwa dan hatimu ragu-ragu terhadapnya, walaupun orang-orang memberi fatwa padamu serta membenarkannya. (HR Ahmad dan Ad Darimi)